Tuesday, 31 May 2011

Bilikku dicerobohi..tak patut..xhormat org lansung!!





walaupun kita hidup bersama, kau sentiasa ada, tapi aku tak menyangka kau akan muncul pada pagi ini.,KENAPA..KENAPA!!! usai solat subuh aku menuju ke laptop kesayangan aku seperti biasa..dan secara tiba-tiba..KAU MUNCUL!!!!!sungguh tak senonoh..sudahlah salam tidak diberi..masuk menonong je sesukahati limpa dan gall bladder ko..




kenapa kau muncul di pagi yg hening dan sangat nyaman ini..kau muncul di pintu bilikku tanpa ku duga..aku biarkan..hanya dengan lirikan mataku mengikut jejakmu..biarlah ..asalkan kau tidak datang dekat kepadaku..

Namun..harapanku hanya tinggal angan-angan kosong kerana dari cermin di hadapanku..aku terlihat kelibatmu semakin menghampiri diriku..wah~~alangkah cemasnya aku..kau mula mengeluarkan kakimu yang sangat panjang dan berbulu itu..

Dalam hatiku...''waduh..waduh...gimana ni sih..mau biar nanti menyerang gue lagi''...tetapi..sikap tak endah aku itu hanyalah seketika. Mana mungkin aku duduk diam jika dia sudah membuka bajunya, kembang di kiri dan kanan..(muka aku yang dah memang cuak gilaaaaaa tahap maharaja tak lawak pada ketika dan saat ini)..




Lalu, aku mengambil langkah..perlahan..perlahan..supaya pemergianku tidak akan disedarinya..dalam gelap..aku mencari bekas itu..ya...bekas itu..setelah terlanggar kerusi meja makan, akhirnya aku jumpa juga..tetapi..ALAMAK!!..kenapa kosong...aduss~~gawat tahap kawat dah ni..

Tetapi..tuhan masih sayangkan aku..aku jumpa juga..bekas lain berdekatan dengan tempat bekas tadi..baru dibeli barangkali...masih penuh..ya.(sambil mengangguk)...aku pun mengambil bekas itu dan pergi secara perlahan ke arahnya..ditangan aku yang satu lagi, aku memegang penyapu sebagai langkah berjaga-jaga..

kerana aku takut..aku hanya semburkan dari jauh sahaja..ya...kelihatan sudah pening2..jalannya juga semakin perlahan..terhuyung-hayang..bagus juga bahan kimia ini..(ujarku di dalam hati)..akan ku buat teman seumur hidupku kerana kesannya lebih kuat jika dibandingkan dengan cecair semburan serbuk lada yang hanya memedihkan mata..bahan ini mampu melumpuhkan keseluruhan badan musuh aku ini..^-^...tetapi...selang beberapa minit kemudian, aku lihat dia sudah kembali stabil...aku pun memberinya semburan kali ke dua..

Selepas itu, dia terus lumpuh..jalannya hanya mengesot-ngesot..aku tersenyum girang..ketakutanku terus hilang bagai debunga ditiup angin.. aku nekad memberinya semburan bahan kimia ini buat kali ketiga..tetapi, dari jarak dekat, dengan harapan dia tidak akan menggangguku lagi buat selama-lamanya(bergema).....hahahahaha..(gelak prof. klon)

Kata orang tua-tua..jangan berlagak..oleh kerana keberanian aku yang tak kena tempat itu..aku pun menyemburnya dari jarak dekat..sekali dia terbang kejar aku daa~~

AAAAAAAAAAAArghhhhhhhhhhhhh..tolongggggggggggggggggggggggg!!!lipassssssssssssss...

Ayahku datang bagaikan hero hindustan..dan aku masih trauma ..

''Awat hang dok hingaq pagi-pagi buta ni''..ayahku bertanya..

''La,,,lagumana cek tak hingaq..ni..ada lipas nala punya besaq lam bilik cek nuh..p buang sat..''..
aku mengintai coordinate lipas tu
 ''ada kat na la ni lipas tu''

''tadi cek intai dia masuk bawah katil''--->dia masuk bawaah katil mengesot ooo..ayu gitu..haha..fest time taw tengok lipas mengesot mcm anak dara duduk bersimpuh..

selang 2 saat selepas itu..ayahku dengan selamba memegang sesungut lipas tu yang dah nyawa-nyawa ikan..

''Alahai..hat ni hang kata besaq???''...sambil menunjukkan lipas itu kepadaku..

''Aik..tadi cek tengok besaq..awat kecik pulak dah ni''---->dan aku masih keliru dan buntu sampai sekarang..

p/s:aku masih trauma.._




p/s:klik iklan nuffnag kat sblah tu boleh...=D..thank u..^-^

10 comments:

Anonymous said...

hek eleh..lipas jer pom....hahaha

shizune said...

hang mimpi ka ni.. haha... takut lipas rupanya =pp

epieorenhijau said...

sengal la mun ni.haha

cik bulan said...

@masi:biasa la tu..hahaha..

cik bulan said...

@shizune:mana ada mimpi..aku tidoq pon dak lagi hg taw dak..haha..insomnia la katakan...wakakaka

cik bulan said...

@epie..memang sengal pon lipas tu..ganggu i nk tdur je..hahaha

shizune said...

haha... lawak la hg ni. boleh ak kacau hg nnt. wakakaka (walaupun aku pun takut lipas gk) =ppp

cik bulan said...

eleh2...hg nk pegang lipas??tegok pon lari pecut..kah3...nk tgk x ikut zodiak..nnt aku post..hg pya zodiak pa..hehehe

Terbelog said...

dah agah dah..mesti serangga yg ceroboh punya haha

cik bulan said...

@terbelog: ye ke..lalala~

share