Tuesday, 24 May 2011

hair therapy with natural product~~

daun seleri dan lidah buaya

lidah buaya digunakan untuk menyihatkan kulit kepala dan memberi rasa sejuk.Selain itu,
daun seleri juga bermanfaat untuk melebatkan rambut.Kombinasi keduanya
sangat baik untuk menyuburkan rambut yang nipis.


buah keras dan merang
buah keras dikenali sebagai bahan untuk menghitamkan, sekaligus menngilapkan 
rambut sedangkan merang untuk menguatkan dan membersihkan rambut.
Gabungan bahan2 ini bermanfaat untuk merawat rambut yang kusam
dan kemerahan akibat terdedah pada terik matahari, sementara
pati merang melembutkan rambut dan amat sesuai untuk rambut rapuh.

limau nipis dan lobak
asam yg terkandung dalam limau nipis mampu menyerap lebihan minyak yang
ada pada rambut dan kulit kepala dan juga memberi kilau pada rambut.
Lobak pula memberi vitamin A kepada kulit kepala dan menanggalkan 
kulit mati yang menyebabkan kelemumur.

cara2nya..
kisar kedua bahan yang diingini sehingga sebati.
kemudian, campurkan minyak pati oren ataupun rosemary
cuci rambut dan keringkannya 
sapukan campuran bahan tersebut ke rambut
dengan menggunakan sikat bergigi besar
lakukan pemicitan pada kulit kepala selama 15-30min 
selepas itu,seluruh krim itu dibilas bersih..
keringkan dengan tuala.



p/s:bila dah sapu tu urut2 kulit kepala sekali bagi memberi nutrisi yang cukup pada setiap akar rambut..
dan juga nk luruhkan kuli2 mati atas kepala..selamat mencuba..=)



No comments:

share