Sunday, 12 June 2011

charlie dalam hidupku..haha

Salam satu Malaysia..(walawei)..ehm2..berdasarkan topik harini, nak cerita la sikit tentang binatang kegilaan ramai wanita dan lelaki ni..kalau tak percaya , cuba tanya yang biasa berjumpa dengan si Charlie ni mesti menjerit-jerit, terpekik terlolong..ada yang lagi parah bila kena kiss dengan Charlie ni..dia memang sangat nakal..haha..badan yang berbelang dengan ekor bercabang yang seksi tu..haha..*pengsan*





Dulu masa sekolah menengah, dekat asrama tu ada la juga, tapi tak adala sebanyak dan se'extreme' dan se'ganas' dekat matrik..=.=''..mereka menyerang dengan ganas dan brutal sekali..muahaha..*gelak jahat [via loudspeaker surau]..ada kes tu aku paling kesian dekat budak lakiss(sebab ramai, kita boh sss)..sebab kalau orang perempuan kena dekat leher atau kawasan muka boleh la juga cover dengan tudung kan..ataupun dengan rambut yang menggerbang macam penyapu tu..haha..ni habes kena toreh(calar) dek si charlie tu..eiiii..seram bila teringat..diorang dah tak payah buat tatu2 ganas dekat muka, keluarkan duit bagai..ambil ja sekoq Charlie dan bubuh(letak) di muka anda..pasti kesan yang amat memuaskan akan ditinggalkan..haha..ada sorang ni aku jumpa, kena toreh dek si Charlie ni dekat mata..seriously sebijik macam mail lambung...haha..selamat masa tu mail lambung tak keluar tv lagi..kalau tak, dah femes budak tu aku rasa..hik3x..


dahla sakit..pergh..siapa dok KMPP kalau tak pernah kena sekali pun bohong la..haha..macam mana aku tak yakin ..memang kawasan penternakan charlie pun situ..masuk toilet je mata dah macam bola pusing..*seram*... kalau toilet aras bawah sekali lagi dasyat..nyamuk punya port..kadang2 toilet full terpaksa la turun bawah..mandi sambil tampaq nyamuk oo...bila lagi nak cari pengalaman camtu..haha..


Kadang-kadang bila kena hiris tu tak sedar pun, tapi bila ja kena air kat kawasan tu, pergh, rasa bengkak , pedih , panas semacam jer..lambat pulak tu nak sembuh..sangat menyiksakan..


Kalau yang tak tahu tu memang la akan buat dekk je..kalau yang tahu tu..mesti ambil selotep punya..haha..macam mana boleh teringat ni..mai sini nak cerita..


ni bekas ex-roomate aku dekat matrik dulu..tetiba ja post kat wall aku..



padan muka dia..kena short sem..*buahahaha..~gelak sopan~..korang ada nampak nama chin kan..ha..itu ex-roomate aku juga ..dia memang paling hebat dan terer dalam menghapuskan charlie ni..selotep akan sentiasa dia ada..haha..sebab aku ngan Chin rajin lepak dalam bilik, macam macam jenis, saiz dan bentuk kitorang jumpa..beribu-ribu spesis kot..ada satu tu macam Charlie..besar jari kelingking kot ..bunyi macam tak bahaya kan..tapi dengan ekor bercabang 2 tajam dengan sayap yang tersembunyi..memang takut ok..sebab lepas kitorang selotep dia baru keluar sayap yang tah dari mana hala tu..=.=''..tak ke pening..

Kenapa selotep??Sebab dekat ekor dia yang digunakan untuk menoreh tu ada asid..kalau guna benda lain maybe bahaya..sebab Chin cerita kawan dia penah penyetkan Charlie tu guna pembaris plastik tu..and guess what???..BeRluBAng ok..errr..kuat sungguh asid dia tu..Kawan aku kena dekat kaki ..lama juga lah baru baik..seram tengok..sebab sepanjang garisan Charlie tu tinggalkan, bengkak teruk..dahla panjang..dari paha sampai betis..boleh bayang tak>>??

mari kita berkenalan dengan cik Charlie;

Ni Biodata Beliau :
Nama dalam ic :CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Nama Kampung : Semut Kayap

Fakta :
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Charlie ni adalah serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Ade baiknya jugak si CHARLIE ni.Semasa hujan lebat atau banjir , Charlie ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

  • MORFOLOGI
    Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kala jengking untuk menakutkan musuh.

  • NASIHAT KEPADA SESIAPA YANG DIJANGKITI
    Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan

  • Ubatnya mintak ngan doktor atau g farmasi nama ubat tu BETNOVATE 1:4..sekali jak sapu konfom kering  :-]. Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor!!! haha...

    sumber fakta:sini

    Nak tengok charlie comel tak??ni dia..charlie ni menggigit jugak..tapi comel..(^-^)





6 comments:

AIZAMEV said...

mase duk uitm penang dulu, rase nak makan jer menatang ni.. sampai sekarang pun ade bekas lagi love bite menatang ni.. grr

eh, tapi kat shah alam ni pun penah nampak.. kat tasik shah alam seksyen 2 ade.. huu..

cik bulan said...

@aiza: kat penang ni mmg blunggok charlie nih..tmpat ternak diowang..hahaha..

kat KL stakat ni xjmpe agy..;D

Khairol Ikhwan said...

hehehe, comel nye entri kali ni pasal Charlie,,

BTW ramai juga member2 coursemate yg terkena cali ni, kene tang muka lak tu,,, kalau laki2 takpe, ni kawan2 perempuan,,, sian dorang,,, abih berbekas... mcm ne nak nolong nyer? .. huhu

fames gak si cali ni.. tapi tak pernah jumpa lah, sbb menatang ni slalu gi kolej perempuan jer.. hehe..

lawak gak video part last tu =P

cik bulan said...

kahirol: senang je nak tolong..kmu jalan tutup mata..buahaha..mesti terharu kwn2 kmu tuh..hahaha

comel kan video last tu..^^

Xavi De said...

pernah dengar pasal ni dulu, member cite, tp xpernah tgk..
ni 1st time tgk...
menatam ni belah utara banyak kan...

cik bulan said...

aah..sgt bnyak..slalu kat ostel je ade..kat umah xde pon natang ni

share