Tuesday, 28 June 2011

Tips cinta bagi yang putus di tengah jalan

       Oleh kerana saya diselubungi oleh sahabat2 yang agak menjiwangkan diri mereka pada saat ini..maka saya dengan senang hati ingin berkongsi tips ni..(walaupun saya masih kanak2-->xpnah melalui benda alah ni..xD)..kah3x..kepada cik ungu n dak senget..hahaha..terimalah...*psst...nak membahan je aku nih..bila la nk bertaubat agaknya..encik rain (aka pak cik apzal)..anda juga boleh guna tips ni..(ikhlas uh..bukan nk balas dendam..=.=''..=P)..


        Acteli..nak lepas geram sebab pagi ni bila tengok kat cermin..you know what...i see a big ''tong drum''..macam ni muka dia..()^.^()-->seyes bughok..tapi agak comel and cute dari tapir..alhamdulliah..syukur..(sapu muka)..aminnnn..haha..serious gelong dak ni (aku la tu)..dah2..nanti jadi macam entri sebelum ni..intro bjela-jela..so what??hak3x..bila lagi aku nak menggila kan..hahahahahahaha..

      *psst:ada yang nak makan buah-buahan tak??rumah saya dah macam dusun..kat lantai dapur penuh dengan durian,rambutan dan manggis..ade yang nak tak??hahahaha..
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
seriyes aku suka gila ayat ni..haha
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
p/s:sumber dari kosmo..(^-^)..hanya sekadar berkongsi..:D

23 comments:

Aku Afzal said...

haha.ekau melampau.den sumpah ekau jadi plastik sampah.blink* :P

Haru Biru said...

perghh.. aku baru nak kagum.. tapi rupanya hasil cilok.. tak jadi la.. haha... tapi apa2 pon tenkiu atas perkongsian

cik bulan said...

@pak cik apzal:haha..mano hado eden mlmpau..ce sumpah..ce sumpah..kah3..xD

cik bulan said...

@haru:laju gila mai komen..hahaha..mau taw la..kanak2 rebena..mana gheti nk tulih sniri..kalau cerita karut marut bagai tu mmg sdn bhd punya..hak3..cintan cintun ni xdak experience..*inesen oo*

Encik JI said...

dh lma xputus cinta. hehe

anamizu said...

BERCINTA=manis
PUTUS CINTA=pahit

BENcinta??? ngehh~~









lots of luv:
DIARY-KECILKU

cik bulan said...

@encik JI:xpaham..=.=''

cik bulan said...

@ana:hamboi2..memandai je kome..tapi i like bencinta faizal tahir uh..sedap..=P

qamarguyz said...

salam ziarah..
pabila Dr.Cinta mula berbicara..
hehe..
tapi takkan la tuan tanah ni tak pernah bercinta?
tak caye arr

cik bulan said...

xcaya sudah..=P..hak3...bukan saya karang pon ..so..surely la not from my heart kan..^-^

vampire's lovex said...

ehhh kosmo pon ada pasal cinta2 nehh..haha...

part yang bertemu org ramai n jangan memilih tu aku rasa betol... sebab ,banyak lagi org yg lagi bagus dari ex..kan kan

mrs.asrafovic said...

HAHA...

xkesah la sumber dr KOSMO ke...

BERNAMA ke...good tips..HEHEHE...

tputus2 nih yg x best nk dgr kn3??

hope leh kekal la smpai hjung hayat~~

cehhh!!! ayatttt kuhhh....AHAHHA...

Wanie said...

macam ramai je buat tips putus cinta sjak kebelakangan ni..hehe

pst:nak manggis..cepat hantar sekilo..:D

meaw said...

tanak kawen laaaaa,nak scandal je boleh tak? *boleh tara tu?hahaha

caliph shuriken said...

nk fokus dgr lagu bencinta jaa, hikk...

latest en3: wordless wednesday: miniature

Akulah Pak Lan said...

Cinta? apa tuh?

MaMa AiNi said...

cinta adalah sesuatu yg indah,anugerah dr ilahi..tapi bila cinta dikianati,parut lukanya tetap ada.. bila cinta terputus ditengah jalan lukanya sgt pedih..hati2 ngan cinta ek..salam kenal dr mama...

cik bulan said...

vampire: aah..kalau memilih sangat sampai ke tua xkawin..lalala~..

mrs asrafovic: aww..i like ur statement..kih3x..

wanie:musim cintun..biase la tu..ala..knape mintak lambat..dah habesh dah..*sobs~(pura-pura sedih..haha..xD)

cik bulan said...

meaw: uih..hg p skandel ngan pak cik a**** tu..haha..eden xtanggung..=P


caliph: silakan..tapi..dengaq mgaji lagi baguih kot..haha..xD


pak lan: mungkin sejenis budu dari jepun..


mamaaaaaa: baik mama..pedih tu~~saye xtahu lagi..ce tye dak senget..*wink2..dia lagi expert..hak3

Cerita Aku said...

klu putus di tepi jalan camne cik bulan?

cik bulan said...

cerita:kalau putus tepi jalan lagi bagus..sebab dia tak melintas ke tengah lagi..xbahaye tu..=D

Cik Wani said...

erk KOSMO?? sedikit kehairanan apabila kosmo ad cter psl ni.

tp best info! ^_*

alif haris said...

cinta tu ape weyh .. aku tak tau

share