Wednesday, 17 August 2011

Kenapa mulut berbau atau busuk?(versi komik)

Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan Iheal, Dr. Nazli Haffiz berkata, masalah nafas berbau atau halitosis merupakan perkara biasa bagi mereka yang berpuasa disebabkan beberapa punca.


“Punca utama antara 80 hingga 90 peratus disebabkan keadaan dalam mulut itu sendiri yang tidak dibersihkan dengan betul sehingga memudahkan pembiakan bakteria yang menghasilkan bau,” kata beliau.


Selain itu katanya, makanan yang kita ambil seperti bawang putih, bawang merah, keju, susu, daging dan sebagainya turut menyumbang kepada masalah itu. Lain-lain punca adalah penyakit di saluran respiratori, masalah dalam perut, diabetis, jangkitan sinus, penyakit hati dan buah pinggang.



*banyak sangat..susah nak lukis*kah3*


Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, masalah nafas berbau menjadi lebih kronik ketika berpuasa disebabkan rembesan air liur kurang dihasilkan kerana kita tidak makan. Menurutnya, air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi.
tengok..sang ketayap dok tahan ayaq liur xmau bagi keluar dan dibantu isterinya yang memberi sokongan moral agar beliau berjaya menahan air liur dari dirembes..pergh..sweet kan..^^

“Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, rembesan air liur juga kurang. Sebab itu kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut,” katanya.


air liur bila leaking=??hahaha
>


>

haha..cam best pulak ade watak sang ketayap dan bininya dalam ni..haha..boleh tak kalo nak wat komik..kah3..gambar first tu bukan ape yang korang fikir..haha..dia bukan blogger femes..haha

p/s:dan..anak sang ketayap dah 8 bulan..ekeke..



31 comments:

Saiazuan said...

mulut awk brbau~

qudwa said...

thanx sharing...mantap la pnyampaian nye...*katun cumel

teha said...

hahaha ! comell jee gigi tu !

Amirul Aqiim said...

semoga sang ketayap dan isterinya hidup bahagia hingga ke anak cucu.
sweet sgt..
HAHAHA ^^

diyan said...

lawak kot abg bekteria i mengandung lagi :P

Si Pujangga said...

haha.. pujangga pun ade buat entri macam nie.. :)

tp x reti lukis2, cri google jek.. tengok la.. :)

http://sipujangga89.blogspot.com/2011/08/kesihatan-nafas-berbau-ketika-puasa.html

Bluewendy said...

hahahaa..lawaknye!! adeh..=.=" abg ketayap.. gmbr yg mula2 tuh sape? hhhuhuhuhu

Zaujah Encik Mamat said...

hehe .. comel doodle nyer :)

mulut berbau ni bnyk hikmah nya :)

Hakikatnya secara etimologi, puasa bererti menahan diri daripada makan, minum, dan berkata-kata (yang tidak diperincikan) perbuatan daripada hal-hal yang membatalkan puasa dengan disertai niat berpuasa.


Sebenarnya bau mulut busuk bagi mereka bagi mereka berpuasa itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ia seolah-olah mengelak dan menghalang umat Islam daripada banyak bercakap dalam perkara yang tidak membawa kebaikan dan membuang masa.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melain puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: "Aku berpuasa."

Mohammed Faizal said...

berbakat sungguh cik bulan melukis...kreatif sgt

akMaLdacOsta said...

tudia terer gila lukis cik bulan :p

Haru Biru said...

bulan... aku harap ko leh jadi kartunis untuk budak2 tadika la.. kekekeke....

Xavi De said...

haha..pe motif pakai ketayap...? :p

muhamadsufian89 said...

haha. comel je lukisan pasal penerangan. memang kreatif la cik bulan ni. hehe

Acid+ said...

+Cool,
"Air liur bahan pembias mulut semula jadi"
Ohh begitu..heh try bau mulut acid cam ne baunyee heheh.

sleeping_maniac90 said...

haha..
adoi..
beranak pinak da bakteria dalm mulut dia tuh..

munira hashim said...

erkkk...mcm tu ye..hihi

AzatLazat said...

kakakaka
mulut sy kan wak?
uwekk
:P

Fathiah Hamim said...

cool! fa pun penah nak buat pasal mulut busuk tapi still tercari-cari cara nak sampaikan. good job!

iefa ujang said...

ahahaha...gambar 2...comel tol :D

APAN said...

kena baca 2 kali gak ni baru boleh paham.haha...

safiah sokher said...

kreatif :)

muhamad hanif said...

waaahh,

1st time aku tengok doodle cakar ayam..



AHAHHAHHHAHHAAHHAHA

KimiCnoL said...

dah la uncit..mulut berbau la plak kakvu nie..hahaha

Shorim Kasih said...

blh tahanlah komik tu,,,hehe

Mior Syabab said...

HAHAHA. Cantiknya lukisan :D

sara zainol said...

lucu ahh lukisan kamu.. :)

bloghok said...

MEMULUT DI TEPIAN GANTANG..KIFKIFKIF

cik bulan said...

kuanghasam ko anip..hahaha..xpe..xpe..T.T..

bloghok:mulut mu r tu..dok wat xtahu plak..

ADAM FIKRI said...

lukisan tu mama lukis sendiri ke?

cik bulan said...

adam..agak2??..*hampa~..haha

alif haris said...

yeaayy ! ur painting is owesome u know ;D
*layan gelak jap hahahaha

share