Monday, 19 March 2012

cara baru mencuri kereta?

 " AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. 


Saya harap anda akan kongsi berita ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

>

>
sumber: fesbuk

9 comments:

onie said...

parah dunia sekarang,huhu....

mohd hafis said...

cantik la kete polis baru ni,huhu

cacamarba said...

hati2 la..sekarang mcm2 cara org nk buat jahat..

cacamarba said...

hati2 la..sekarang mcm2 cara org nk buat jahat..

cik bulan said...

onie: hahamboi la.. *xdak kna mgna.hahaha

hafis: tu lah kan.aku pon xpnah tgk real lagi..hahaha

caca: hai caca.. *ttba..tulah kan.takut aku..kalo jadi camtu kan.aku pon tataw nk buat pa..tetambah kalo sorg2 lam reta tu

★ aIsyaH ★ said...

macam2 je diorg ni..
byk gk idea y ada..
tp syg slh guna kelebihan ue.. :)

*memang menakutkan..sekelip mata je dia dapat semuanya.. thanks atas peringatan..^^

Aida Omar said...

betul..betul..macam2 taktik perompak nie buat. Harus lebih berhati-hati :)

alif haris said...

nazak betul dunia skrg ..

CTK said...

mcm2 cara dorg ni ek ...

share