Thursday, 12 April 2012

perbezaan ikan keli halal dan haram







ni rasa bukan ikan keli pon. tp sbb gmbaq cantik. kasi can masuk ini post..hewhewhew


 



Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 


· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 


· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. 

Salam Ukhuwah..~


sumber: fb ^^
p/s: tak mkn oii ikan keli.. sbb ade la sebabnya. kang aku cite yang lelain pon tanak makan. hahaha.. lagipon mmg family aku xmkn ikan sungai/bela nih.. =='' ::tragedi::


untuk keyakinan yang lebihh lah kan. aku cari kat e-fatwa, ni keputusannya. Fatwa tahun 2006 lagi .



Huraian Tajuk/Isu: 
Perbincangan isu ini ditumpukan kepada persoalan hukum kesucian ikan yang dipelihara di dalam kolam, tasik, lombong, dan seumpamanya serta diberi makanan yang terdiri daripada daging babi dan anggota-anggota badannya seperti perut, tulang, usus dan lain-lain. Pemakanan daging babi dan bahagian-bahagian badannya kepada ikan-ikan tersebut adalah bertujuan supaya pembesaran ikan ini dipercepatkan tempohnya.
Keputusan: 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21 Dis 2006 telah membincangkan status kesucian ikan yang diberi makanan tidak halal. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya yang lain adalah haram dimakan dan para penternak ikan dilarang memberi ikan ternakan dengan makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya sebagai langkah sadduz zarai'.


**penambahan
p/s: dah sape yg konpius tadik? :)

>


>

12 comments:

cacamarba said...

owh..moral of da story,pastikan cop halal kt badan ikan keli adalah dr jakim bkn dr ah seng..haha

cik bulan said...

caca: hg kan ah seng tu. bek ngaku LOL

sis92 said...

owh ada pbezaan rupanya tp selama ni makan yang dah siap masak, semoga halal lah apa yg telah dimakan .

lieynanilaz said...

alahai akak suka makan ikan keli...

aiNa yaZiD said...

suka ikan keli~! :) byk makanan ragu2 skrg.. bdw tips yg sgt berguna.. :)

Harith Iskandar said...

oooooo baru tau nie...tq tq sbb sharing :)

semutsengal said...

nasiblah aku tak mkn ikn air tawar ni.

EZAD AMIR said...

Mekasih bebanyak krn bkongsi entri ini sy sgt suka entri ini krn dpt mnigkatkan kualiti bfikir sy dn sy bharap sedra sedari dpt lg mghasil kan entri2 hebat spt ini krn sy tidak sabar utk membaca nya lg lantas terus mempraktiknya didalam kehidupan seharian sy dan sy juga berjanji dan berikrar bahawasanya sy rakyat malaysia akan berikrar akan terus memberi kepercayaan yang tak berbelas bahagia tambah tolak mahupun darab kepada sedara sedari utk terus berkarya dan menghasilkan entri yang berguna kepada agama nusa dan bangsa dan saya juga mengambil kesempatan disini ingin mengucapkan assalamualaikum dan sy rasa alamak sbb sy rasa komen sy ini terlalu panjang dan adalah baiknya jika sy menggunakan komen ini lalu menjadikannya entri blog inikan sy mengopi komen sy sendiri utk sy jadikan entri blog sy izinkan sy ya cik bulan dan sebelum sy mengundur diri sy mengucapkan ribuan terima kasih kerana ilmu yang bermanfaat sperti ini adalah bekalan kpd orang yg menyampaikan nya walaupun dia sudah mati dan sy akhiri komen sy ini dgn ucapan tulus ikhlas dan assalamualaikum selamat menunaikan solat fardhu maghrib dan kalau tak keberatan saya ingin berpantun di sini tapi syg nya sy rasa berat pula ok la tanpa membuang masa izinkan sy mengundur diri ya kak bulan =D

Muhammad Zakirin Aziz said...

penah baca jugak pasal ikan keli ni.. tapi kalau makan kat kedai cmna nak tau ikan tu dah digoreng :D Malaysia Boleh Je

Azhafizah[フィザ] said...

Untunglah family Fiza tak makan ikan keli ni..samelah kita CB ye

nurul ain said...

adeh -.- da la pemint ikan keli yg setia, haha, bgus2, info yg sgt bgus ni! tq so much!

caliph shuriken said...

arigatou kongsi info ni ^^

share