Friday, 18 May 2012

keychain bawah kereta


Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan..
p/s: hati-hati ......









>
>

7 comments:

cacamarba said...

baiklah..jadah apa p gantung keychain kt bwh keta.kotor la.nama pon keychain,gantung kt kunci la.kalo carchain br gantung kt keta..hahahaha

afzalsukasuki said...

insaf abg kejap.baru nak pasang kat moto

takpe pasni abg tak gantung anak patung la, abg gantung anting2 plak huhu

Syafiqah Othman said...

piqah pnah gak tgok mcam tu.. x tepikir pulak depa buat macam tu coz nak halau roh2 tu..engt ke main2 letak ja.. :D btw thanx kongsi.. :)

|shuhadaothman|TM said...

shu penah nmpak. dkt lori smpah pon dorg sangkut. 1st time tgok pelik gak. apesal p sangkut ank patung kt exozz tu. pelik :S

sis92 said...

huhu baru tau ni ..

P U C A T said...

yaa..sy pernah tgk perkara mcm ni.
mereka main letak je tanpe menilai ape hukum disebalik perlakuan ini.
BTW nice info dear:)

Aida Omar said...

pernah nampak ada orang buat macam nie.. ingatkan dia langgar timbunan sampah n teddy tu tersangkut.. rupanya amalan karut. haha..

share