Macam mana u’olls buat kerja ni. Menyusahkan we olls ja.
*tangan kehulu kehilir dengan nada suara yang sangat tinggi dan menjengkelkan*
*seorang pekerja tekun membuat kerja mengira kembali harga
yang tidak puas hati dek pelanggan raksaksa itu*
Sedas demi sedas tembakan peluru busuk dari mulut lancang raksaksa
itu menuju tepat kearah pekerja tersebut. Tah.. mungkin Allah nak bantu di
bulan puasa nih. Si pekerja meneruskan kiraan ..dengan tekun sekali. Kebetulan ada
dua orang hamba allah, kawan kepada pekerja tadi berada di sebelah.. dada
mereka terasa sebak, sempit dan pilu sekali melihat rakan sekerja mereka
diperlakukan sebegitu. Sumpah!
Setelah selesai. Seperti biasa harga yang tidak sama
haruslah dituntut di khidmat pelanggan. Si pekerja dengan nada yang sangat
sopan memberitahu walaupun telah selama lebih lima minit agaknya dihambur
dengan kata2 yang kurang enak. Tugas si pekerja tadi hanya membantu mengira. Bukannya
bertugas menampal harga di dalam. Itu tugas nepal2 yang diupah oleh bos
kowtttttttttttttttttt. Dan barang yang diambil ada disebelah barang promosi and
she insisted on that promotion price padahal ko tengok barang silap. Brrr..
‘’korang ni bodohlah. Baghal . buat keje pon tak tahu. Kalau
pandai takdelah kerja sini. STUPID!’’
Macam tulah raksaksa itu berkata. Lancar sekali. Si pekerja
tadi hanya mengangkat tangan ‘’ALHAMDULILLAH KAK’’ .
Letusan gunung berapi pula dilancarkan oleh dua orang kawan
yang di sebelah tadi. Hamboi sesenang sahaja hati dan limpa menghina ciptaan
allah yang paling sabar itu?
*sesungguhnya orang yang paling kuat adalah orang yang
menahan amarahnya*
Sekali terketar-ketar tangan raksaksa itu. Lari terus dari
menghina. Pergi tah. Menuju longkang agaknya. Mungkin cari yang sama bau dengan
mulut? J
![]() |
| hai orang kaya. nah beger nah. |
Orang seperti itu perlu diajar. Hewhew. Mungkin telah lupa
agaknya rezeki yang dia punya sekarang itu hanya sementara. Di bulan yang mulia
nih. Di saat shaiton2 diikat. Apa yang membuatkan si dia begitu angkuh? Pelik daku
melihat situasi sebegini. Di dalam hati. Hanya mampu berdoa agar Allah
tunjukkan sesuatu untuk memberi kesedaran kepadanya. Dihina dicaci orang yang
tidak ‘’setaraf’’ mungkin dengan dirinya. Siapakah kita untuk membangga akan
hidup di dunia yang fana ini. Tidak kekal abadi lah cik kak . jika allah
berkeinginan untuk tarik rezeki itu sejurus anda melafazkan kata-kata cacian itu
pon BOLEH! . jangan lupa akan ayat ‘’kun fayakun’’.. kita hidup bermasyarakat. Apalah
gunanya jika mempunyai banyak duit di poket, kosong ILMU HIDUP DAN BUDI
PEKERTI?
Kadang-kadang hilang rasa hormat aku terhadap manusia yang
berpakaian ala-ala kaya. Jalan berhidung tinggi [plastic mungkin] , mendada.
HAHAHAHA. Sampai bila agaknya anda mampu berjalan sebegitu? Masa berjalan. Dari
mendada anda akan menongkat. Fikir-fikirkanlah. Benda sebegitu tidak kekal cik
abang cik kak hoi. Dari rumah besar. Ke rumah sempit. 6 kaki dalamnya. Mampukah
anda meniti saat-saat itu?
Teringat aku akan suatu kisah. Diceritakan oleh ustaz di
dalam tv. Ya sudah lupa namanya. =.= my mom always bukak ceramah kuat-kuat
anyways. Eventhough her child in the room, but the content of the ceramah she
always hope that we get it. Wakakaka..and that happens =D.. cerita dia camni. Adalah
seorang yang mempunyai kuasa, pada zaman dahulu. Dia menggunakan kuasanya untuk
mendapatkan sesuatu dari orang bawahnya.
Dalam hal ini, nelayan itu mempunyai cukup-cukup hasil
tangkapan untuk keluarganya pada hari itu. Dan dirampas oleh penguasa itu. Dan makanan
untuk keluarga nelayan itu tadi ada and now its goneeeeee..
Dan nelayan itu berdoa kalau itu bukan rezekiku, tidak
mengapa kerana telah diambil oleh sipolan sipolan. [dengan baik ooo beliau
berdoa. Kalau kita ? . sebab itulah ustaz tu cakap. Kalau dianiyai pon jangan
lah doa buruk2. Doa yang terbaik. Selepas itu, selepas beberapa tahun. Lelaki penguasa
tu menghadapi satu penyakit misteri. Yang menyebabkan kaki dia kena potong.
[tengok. Allah tak balas on the spot derrr. Konklusi? =) ] selepas itu diselang
seli dengan sebelah lagi yang perlu dipotong. Disebabkan penyakit misteri itu. Sampaikan
si perawat tu bertanya ‘’adakah kamu mempunyai salah dengan sesiapa?’’ soalan
itu ditanya sebab misteri sangat sakit tu.. ‘’ya, ada.. aku pernah melakukan
sesuatu yang salah ketika aku pernah berkuasa dahulu’’
Si lelaki itu mencari kembali nelayan tersebut. ‘’adakah
kamu masih mengingati aku? Akulah dahulu yang bla bla la..’’tidak’’ jawab
nelayan itu. [kalau kita doakan yang baik. Walaupon ditindas. Allah akan
kurniakan ketenangan hati kepada kita. Instead of rasa benci yang membuak-buak,
membuatkan hati busuk dan sakit. Jika kita teringat akan peristiwa yang
melukakan hati kita dan kita berasa sakit. Maknanya hati kita tidak dirawat
lagi . cara nak merawat hari camtu? Nantikan di entry akan datang [hamboi gaya
macam ada orang nak baca ja? Haha]
Sebabkan dah datang merayu. Walaupon si nelayan tu tak ingat
dia pon doa kembali ya allah jika pernah dia menyakiti hatiku dahulu ampunkan
dia ya Allah. Dan balik2 dari berjumpa tu si lelaki tu pon sembuh dari penyakit
misteri dia tu dengan kuasa Allah. =D
p/s: acteli aku
teringat kisah ni . kalau kisah ni jadi kat zaman sekarang ni macam mana
agaknya? =]
p/s/s: pekerjaan walaupun Nampak hina dimata kamu (orang
kaya tersebut. Mohon bersin sekarang!) tetapi mulia dan halal di sisi Allah. Orang
yang tak boleh hidup dengan orang yang bukan spisis dia yang kaya raya ni mohon
hidup kat gunung. Dalam hutan.dalam gaung dan dalam gunung berapi. Bawak kaum
kerabat hang saja. Kan senang. Semua kaya2 pakai cawat pon xdak orang kisah. Bwahaha.
p/s/s: dan post ni sangat panjang. Aku tahu. Mohon dapat
pengajaran. Mohon pi baca :P
**setiap orang ada side matang dia. cuma malas nak tunjuk sahaja. wakaka. so jangan judge saye kekanak berdasarkan post2 saya yang kurang matang dulu tu eh. wahahaha. :P **
**dan tajuk post ni agak. hum. hahahaha. **
>









7 comments:
bulan ramadhan ni syaitan kena ikat..tapi orang yang berperangai syaitan tetap wujud..sabor je la.
biasa la..bla ada kt ats,lupa diri..hormat la sesama manusia x kira la PM atau makcik cleaner atau abg pak gard..kita sume manusia..
bior kn je makheluk tuh.. kang nt bila dia kne cm ko kne ngn dia, bru dia tau tinggi ke rndh langit ciptaan Allah nih...
Allah nak bagi pahala buat hambaNya yang bersabar..(^_^)
Sabor je la...
selamat hari raye hehe ;)
selamat hari raya aidilfitri, papehal jmpa kat kg je nanti ye :D *bajet sekampung lettew :P
Post a Comment