Wednesday, 10 April 2013

sketsa cinta kita 1

Suasana sepi. Hendak mengahadap twitter,terasa bosan. Timeline slow. Tiba tiba henfon cikai nasuha berbunyi,tanda masuk mesej. Dari sepupunya, Faiz.
                “eh,Cua,free tak esok? Mintak tolong? :3”
Jari jemari nasuha ligat menaip.
                “upahh laaa. Tolong apa? “
Seminit kemudian,dapat balasan.
                “jadi tourist guide esok,aku ada bawak kawan kawan aku ni datang rumah. Tapi,aku tak tahu la jalan nak pegi bukit bendera esok. Kau tunjukkanlah jalan,aci tak? “
Alahai. Sepupu aku sorang ni. Nama ja duduk lama kat penang,tapi,haiyoooo. Cetus benak kecil hati nasuha.
                “hah,berapa orang kawan kau? Lelaki ke semua?”
                “dah tu,takkan aku nak bawak kawan perempuan tido rumah kot. 5 orang masuk aku. “
Lima? Takkan aku nak pegi sorang. Laju laju nasuha membalas msg faiz.
                “eh,aku ajak kawan aku sorang teman,aci tak? Takkan aku sorang perempuan ! “
                “ajak la. Tapi,sorang je la. Tak muat kereta nanti”
Orang pertama nasuha fikir,MYA ! sepantas kilat,juling juling mata nasuha scroll contact henpon, tap ! mya !
                ‘’salam,oi,aku nak ajak kau keluar esok,kau nak tak? Hahahah”
Diam. Tiada balasan. Lama. Sepi. Terasa ada bunyi cengkerik menguasai suasana *krikkk krikkkk* . Akibatnya,henfon ditinggalkan. Nasi dijamah dahulu. Lulz . Nampak macam tiada kaitan kan? Tapi ada.
Apa kaitannya? Aku kuat makan? Aci tera tu? Hahaha. Ok #hambar pulak rasanya. Kbai.
Selesai mengenyangkan diri,nasuha belek henfon. Masih sepi. Lalu,nasuha mengambil langkah jimat namun efisyien. Me’’miskol’’ mya. Teheee.  Dah macam budak-budak sekolah . Tetiba terasa semacam ada efek-efek awan membawa aku ke zaman dahulu. Ya. Tenggelam dalam dunia sendiri .
Oh well well . Terasa seperti mahu berjalan umpama orang kaya dan mengusap janggut. HAHAHA .langkah diambil membuahkan hasil. Mesej dibalas.
                “nak pegi manaaaa?”
                “teman aku jadi tourist guide sepupu aku.kawan kawan dia datang sini. Dia ajak g bukit benderaaaa. Jom weh,aku dah lama tak naikkkk,”
                “alaaaa,segannyaaaa akuuu.”
                “jom la teman aku. Takkan aku sorang perempuan dengan bebudak tu.aku g amik kau esok,pastu naik satu avanza g sana,ok?”
                “naik satu keretaaaa? Aaaa,segannyaaaaa.awkward nanti”
                “alaa,kalau awkward,kita sembang dua je la.hahaha.nak tak nak ni,aku nak bgtau dia”
                “ye la,yela. Sebab kau je ni aku pegi”
Yesss ! mya berjaya dihasut.  Perjanjian ditetapkan. 10 pagi,rumah maksu.

 Seperti dijanjikan. 9.30 pagi nasuha dan mya sudah terpacak di hadapan rumah Faiz.
                “haa,cua dah sampai ni. Bebudak ni tak bangun pun lagi cua ! meh la sini masuk dulu. Meh,ajak kawan masuk dulu.’’  Nasuha dan mya masuk,tersengih sengih.
“Faiz,bangun. Janji pukul berapa dengan cua? Cua dah sampai ni ! tu lah,semalam balik lewat sangat,lepastu susah la nak bangun tido.dah berapa kali ummi ketuk pintu bilik tu” bebel maksu ibarat ekzos moto Yamaha. Preeeeet preeeeeeet . Bunyi macam kentut baby kan? Ah abaikan.
Nasuha dengan mya hanya diam. Tersengih sesama sendiri.
                “aku ingat kita dah lewat tadi,ciskeknya rasa” ujar Nasuha.
                “tu la pasal,aku ni,sangat ajaib dah ni dapat siap awal gini.” Sambung mya.
Ummi faiz aka maksu nasuha datang ke ruang tamu .
                “kawan cua ni nama apa? “
                “mya. “ jawab mya,ringkas sambil mempamerkan giginya yang putih berseri ibarat model iklan poliden.
                “kejap ye,maksu baru letak air. Sarapan tak lagi ni? Nanti sarapan sesama dengan bebudak tu okay” maksu terus bagi cadangan tanpa persetujuan. Mya dan nasuha hanya menggangguk,tak sempat mencelah. Lagipun,baguslah,mereka memang lapar. :D
Kedengaran bunyi cerek dari dapur. Maksu beredar ke dapur. Seketika,faiz datang dengan muka sememeh baru bangun tidur. Sengih mintak penampar ! dengan berkain pelikat dan tuala di bahu dan rambut umpama baru diragut kambing afrika serabutnya. Adoila. Mya tertunduk malu tetapi sebab faiz semacam tak tahu malu. Mya pon hilang malunya. :’)ßmotif sangat kau mya.
                “kami ingat kami da lewat tadi. Hishhhh”  nasuha melepaskan ketidak puasan hatinya.
                “hehhehe,soryyy laaa. tak sedar la dah pagi” faiz sengih,mata melirik kearah mya.
                “hah,ni mya,kawan aku. Jangan lelebih nak terjatuh suka pulak” nasuha usik.
                “pediaaaaaaaaaaaa niiii?” mya terjerit. Malu sebenarnya. Blublublu
Sejam kemudian,baru sarapan pagi dapat dihadap. Gara gara faiz bersama member membernya bersiap kalah perempuan. Mata nasuha tertancap pada salah satu riak wajah di situ.
                “eh,budak tu” nasuha separuh berbisik.
                “siapa?” ujar mya.
                “ japgi kita gossip,hahaha”
Dalam kereta,nasuha dan mya yang terlebih bercakap. Tanggapan mereka,mereka yang akan dihiasi keawkwardan melampau.namun,ekspektasi dan realitinya sangat berbeza. Kawan faiz semuanya pasif.senyap.dalam kereta,hanya helaian tawa mya dan nasuha memenuhi suasana di selang seli nyanyian sumbang mereka mengikut rentak radio.
                 Akhirnya,destinasi dituju tiba jua. Terpaksa mengerahkan sedikit tenaga untuk ke kaunter tiket kereta api tatkala kereta diparkir jauh dari kaki bukit. Lagak seperti tourist guide berkaliber,mya dan nasuha mendahului pergerakan.
                Serius pelik. Tak pernah perempuan jalan awal dahulu dari lelaki. Tergedek-gedek umpama baby yang lampinnya penuh mereka berjalan di belakang. Oloh! Rimas pulak nasuha dan mya. Meneru laju ke hadapan mereka berjalan. Melepasi tiang2 yang semacam ular mereka diikuti 5 org lelaki memanglah memang mya berbisik ke nasuha ‘’oi aku rasa dah macam ibu ayam aih,’’
                Sampai di sana semua terpinga-pinga bila terpaksa mengeluarkan myKad. Padahal sebelumnya Mya dah cakap kena guna myKad tapi diperli Faiz ‘’memanglah kami ni muka bangla nk guna myKad kan’’ ok sentap
                Apa lagi Mya terasa seperti menang loteri bahagianya melihat masing2 terkulat-kulat mengambil myKad. Teheeeeeee
                ‘’Tolonglah awkward gila rasa. Dahla masing-masing senyap. Walaupun aku ni kategori senyap jugak tapi depa ni terlampaulah teruk kesenyapannya.’’ Mya membebel sendiri. Tangkap gambar pun Nasuha dan Mya yang utarakan cadangan. Dek kerana memang malu-malu ataupun memang pendiam tah. Nasuha dan Mya memandang pelik. Susah kot nak cari sepsis terancam cemni. Kahkahkah.
                Mereka ni punya terancam sampaikan pergi toilet pon sampai 4 orang. Tinggallah wan seorang. Semacam kelakar muka wan pabila train sampai ‘’mana depa? Hamboi pi toilet smua sekali? Kemain lama. Sakit perut ka cemana tu?’’ mya bertanya. Wan dengan imejnya ala-ala budak nerd tak pernah bercakap dengan perempuan mula gelabah menggaru kepala mata meliar mncari kroni-kroninya. Telefon bimbitnya dicapai.
                Seketika kemudian Faiz muncul. ‘’naik lah dulu’’ tiket dikoyakkan. Berpecah menjadi 2 dan 5. ‘’Tak pa lah. Kita naik sekali. ‘’ ujar nasuha. Lagipun semua kerusi dah penuh. Dan menunggu train seterusnya.
                Nasuha dan faiz lancar sahaja bergossip. Memang gandingan yang ideal sepupu kuat gossip. :P
Manakala mya dan wan juga tetiba menjadi rapat. Wan sebenarnya peramah lah juga. Banyak yang diceritakan mereka ini sehinggakan jika ditulis semula mungkin boleh dibukukan panjangnya. Whoaaa.
------------------------------x------------------------------
Dek kerana Mya baru sahaja datang membawa kawan matriknya berjalan tahun lepas, masih segar di ingatan Bukit Bendera tersebut dan agak kurang ke’eksaitedannya’ berbanding mereka yang lain.
                ‘’awak jejagaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!’’ nasuha tersadung akar kayu yang besar menjalar tatkala sedang mencari rama-rama yang cantik terbang. Nasuha tidak stabil dan akhirnya jatuh ke dalam pangkuan ….
                Mata tertatap lama. Semacam apakah perasaan ini. Detik hati mereka berdua. Tangan yang merangkul pinggang nasuha dilepaskan . gedebakkkkkkkkkkkkk
Dia beristighfar penuh penyesalan ‘‘ah kenapa aku sepantas itu. Kenapa? ‘’dan nasuha beristighfar kesakitan. ‘’siot mamat ni. Sakit dowh atas batu besar ni dia lepaskan aku. Aaaa sakit’’ air mata nasuha menitis satu demi satu dan akhirnya membentuk lorong-lorong air mata air . Nampak beliau kaget. Aduyai aku nak buat benda ni. Ah ada topi kulit berwarna kuning. Diangkatnya topi tersebut dan diletakkan di atas kepala nasuha ‘’cantik dengan awak.’’ Dan dia berlalu pergi dengan senyuman yang manis. Nasuha menyeka airmatanya.
Mya datang kea rah nasuha dengan muka yang berkerut. ‘’eeeeeeeeeeee kotoq lah hg ni nasuha. Buat pa boh benda tu ataih kepala??’’ ‘’apa pula? Cantikkan . muka nasuha merona kemerahan kerana mya menyedari pemberian yang bermakna itu’’
‘’kau diam nasuha diam.’’ Tetiba mata mya muncul semacam mata rasengan dalam naruto dan tangannya mencapai kayu di tepi dan mula menguis ke kiri dank e kanan. ‘’kau diam situ. Mukanya pucat’’ aku secara automatiknya terkaku dan hanya memejamkan mata.. jantung berdegup kencang nak terkeluar rasanya!
Mana Mya dengan Nasuha ni. Faiz berjalan ke arah miko. Oi Nampak nasuha tak? ‘ada. Sana’ ujar miko perlahan . Pelik miko dah macam buat benda berdosa saja. ‘’nah ni spek kau. Letak merata lagi. Nasib baik aku jumpa’’ spek berbingkai putih itu bertukar tangan ‘’oh god. Tima kasih sangat lah. Aku ingatkan memang sini berkabus. Rupanya aku tak pakai spek. Teheee ujarnya semacam kanak2 sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Faiz meneruskan langkahnya. Tetiba ternampak suasana tegang mya dan nasuha. Nasuha terpejam kaku dan mya hampir rebah. Faiz kuatkan semangat dan memegang bersama ranting yg mya pegang dari belakang.  Mya berada dalam dakapan faiz sekarang. Hanya 5 saat sebelum faiz menolong membuang benda di atas kepala nasuha. Mya terduduk .
Kelirunya rasa.
               
------------------------------------x-----------------------------------------


               >
>

No comments:

share