Saturday, 28 September 2013

kawan.

entah. 
mungkin aku saja yang naif sangat kot. 

tapi, kalau,... 
aku kenal kau, 
kau kenal aku,
kita jadi kawan...

mana kau pergi pun,
apa jadi kat kau sekali pun,
rezeki kau kerja apa pun,
dengan siapa kau berkawan sekalipun,
entah apa perubahan kau lalui pun,
jalan mana yang kau pilih pun,
aku tetap takde hal jadi kawan kau.

sebab?
kita kawan.
kita kenal satu sama lain kan.
sekalipun tak rapat,
malah, sebenarnya tak perlu pun rapat,
tapi kita berkawan tu,
satu hakikat.

katakanlah apa saja pun,
"apasal kau naif sangat?"
"kau ingat orang sama pendiriankah macam kita?"
"kau kena faham - manusia boleh berubah"
"apa boleh buat - kita dah tak setaraf dengan dia"
Aku tetap anggap orang tu kawan aku.
melainkan dia sendiri tak berminat nak kekal jadi kawan aku.
melainkan Allah dah tetapkan kami kawan cukup takat tu sebab salah sorang dah dijemput kembali dulu.
Atau memang dia perlu aku tinggalkan sebab terang lagi bersuluh tak boleh nak sebulu.

jadi..
kalau satu hari ditakdirkan kau nampak..
aku dah lain dah.
aku dah berubah.
dek pangkat atau gelaran akukah.
atau ke mana aku berjaya pergi jejakkan kakilah.
atau dengan siapa aku berdampingkah.
TEGUR aku, tolonglah.
tanya.

kenapa aku berubah, dah lain lagak?
kenapa aku tak macam dulu yang kau kenal, masa muka tak reti malu ketawa kuat mengakak?
kenapa aku kekwat lepas berkawan dengan orang gah-gah [padahalnya kawan tu saja yang gah, aku pulak kebetulan saja ada dalam itu gambar] pulak?
tanyalah, tanya..
:)


kalau bukan depan mata,
SMS saja,
atau pm inbox fesbuk aku,
WhatsApp ke boleh jugak.

Jangan pergi tanya orang lain - dah tentu tak tepat dah kan,
soalan kau punya kehendak.
atau tanya depan orang lain - kasi chanlah, aku masih ada muka jugak.

aku harap, tegurlah.
jangan dibiarkan aku hanyut.
atau biarkan aku lupa, leka sampai berkedut.
ingat selama-lamanya aku takkan luput.
anggap sampai bila pun aku takkan reput.
terima kasih, kawan.

ada sebab, kita Dia temukan.
ada hikmah, kita Dia jadikan kawan.

aku tak mampu bagi sebarang kebahagiaan. jangan pula sebab itu aku disisih, dipilihbulu, dianaktirikan.
atau bila terdesak tersepit baru akulah jadi pilihan..
Nukilan asal Ames Kay

>
>

2 comments:

hassy chan said...

mati-mati aku ingt hang yg buat .... hasil nukilan org len rupenye hehe

Cikya said...

Purrr
Memula baca feeling acah acah Ulan.
Tapi, biasa, after few years, org mmg berubah la Ulan. Berubah. And after 7 years of wisdom, we might grown apart, further...
Pegangan berbeza biasanya. Rumah tangga

share