Friday, 31 January 2014

Rumah.

Rumah, titip-titip nasihat ayah bunda.
Riuh bertempikan nasihat nan padu.
''ah kenapa itu. Sini sepatutnya, bukan situ''
''begini potongnya, bukan itu''
''solat dulu, senyum menerpa sambil dimatikan alam mayaku.''
Ilahi itu yang pertama. ingat itu pesanku wahai anakndaku. 
ucapannya dari aku mula masuk asrama. sehingga aku dewasa.
sesuai sudah untuk berkahwin pastinya .
acah-acah quran kecik. haha. comel bukan? 
Tempat kuncup kuncup cita akan mekar, 
ruang segala bangga berguguran.
ruang segala kasih bertebaran.
tawa jiwa-jiwa nan suci berkumpulan
bergema keriangan.

Rumah, tempat segala canda tawa tercipta. 
Tempat segala sahaja bermuara, 
Kurang satu isinya, kosong terasa. sentiasa.

p/s: adik akak syg. kau sorg je xbalik. berbulan2 xtgk muka kau. rindu. Ye. kalau kau ada terbaca post ni. akak belanja hadiah besday. which kau xkan jmpa pon kan? wkwkwkwk.



>
>

No comments:

share