Thursday, 6 August 2015

Buah kenakalan


Kadang hidup itu bangsat.
Ditemani hormon-hormon yang menggila.
Dan
Walaupun saat itu engkau rasakan;
sesak,
kelam,
perit,
penuh dusta.
Ah.. kau katakan sahaja apa yg negatif dalam minda.
usulkan saja.

Tapi

Kau masih ada sang pencipta yang patut kau pahatkan namanya-pada benak minda kecil kita.
Pada saat kau bukakan mata
dengan pandangan kasihan pada jiwa-jiwa yang jauhhhhhhh menyimpang dari-NYA.
Sesungguhnya. jika senak dada kita mampu hilang dengan sujud kepadaNYA.
Kau cuba lihat semula. ada jiwa2 yang mencoreng hatinya dengan noda dan dosa untuk 'menyenangkan' hati mereka.

Kadang,
Tenang dan gembira itu aku peroleh dengan menenung pada birunya langit,
Cerahnya awan,
Segarnya udara..
Dan gelagat tupai cerdik yang melintas di depan mata.
Nakal. tapi bijaksana.
Satu suasana yang bakal aku rindui kelak menjelang tidak sampai dua bulan lamanya. Mungkin tiga. mungkin.

Jadi. sudahkan kita ucapkan Alhamdulillah hari ini? Atas segala rezeki yang tampak biasa tapi tanpanya, kau bakal mengedih luka.







>
>

2 comments:

Naz said...

deepnya :(

NuSaNa NoSa 91 said...

"lalu nikmat yang manakah hendak kau dustakan?"

kita ada 1000 sebba untuk gembira dan bersyukur.. jadi mengapa dipandang 10 sebab yang membuatkan kita berduka.. kannn..? ^_^

share